Carian
Samsung Galaxy Book2 Pro 360 Baharu Dikemaskini Dengan Snapdragon 8cx Gen 3
December 29, 2022 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy Book2 Pro 360 telah diumumkan Februari lalu dengan spesifikasi tinggi termasuklah sokongan 5G terbina. Bukan itu sahaja, ia juga berjaya mencuri perhatian apabila mengetengahkan elemen menarik. Di mana bahan kitar semula daripada jala ikan digunakan pada bahagian touchpad dan bingkai dalamannya.

Berkongsi lebih lanjut, variasi baharu telah diumumkan di Korea selatan dengan pemproses yang kemaskini. Melaluinya, ia menggunakan pemproses Snapdragon 8cx Gen 3 dengan gabungan GPU Adreno yang menyokong DirectX 12. Pemproses ini diiklankan mampu menyajikan kebolehan 60% lebih pantas berbanding Snapdragon 8cx gen 2.

Bagaimanapun, Samsung tidak pula mendedahkan sama ada sokongan GPU untuk kali ini lebih pantas daripada model Intel atau sebaliknya. Dalam masa sama, komputer riba ini juga menerima pengiktirafan PC Secured-Core Microsoft untuk pelindungan data yang dipertingkatkan.

Samsung Galaxy Book2 360

Beralih ke spesifikasi penuh, skrin Super AMOLED sesentuh sebesar 13.3-inci digunakan. Ia kemudiannya digabungkan dengan tubuh setebal 11.5mm dan berat kira-kira 1.05 kg. Turut disertakan, sokongan teknologi Qualcomm’s Fast Connect 6900 untuk sambungan Wi-Fi 6E yang lebih kuat. Seterusnya bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga 35 jam penggunaan dengan sekali pengecasan.

Pilihan I/O pula terdiri dengan 3 X port USB-C, slot mikroSD dan bicu audio 3.5mm. Untuk harga, Samsung Galaxy Book2 Pro dijual pada KRW 1.89 million (~RM6,577) sebuah.

Komen