Carian
Waze Menguji Ciri Memberi Amaran Laluan Yang Kerap Berlaku Kemalangan
December 29, 2022 Fahim Zahar

Bagi yang tidak tahu, pada tahun 2013 Google telah mengambil-alih Waze. Tetapi sehingga hari ini, Google Mpas dan Waze masih lagi beroperasi secara berasingan walaupun pasukan dua aplikasi peta ini telah disatukan.

Baru-baru ini, Waze dilihat sedang menguji ciri baharu yang boleh diakses oleh pengguna beta mereka. Ciri ini adalah memberi amaran kepada pengguna mengenai laluan yang kerap berlakunya kemalangan. Amaran ini dapat dihasilkan melalui laporan daripada pengguna berdasarkan laluan yang pengguna lalu dan sejarah laluan yang pernah berlaku kemalangan akan berubah menjadi warna merah.

Tetapi ciri ini mungkin tidak akan dipaparkan pada laluan yang pengguna kerap lalu dan amaran hanya akan keluar sekali sebagai peringatan untuk berhati-hati di jalan raya. Ciri ini dijangka akan diedarkan secara meluas kepada semua dalam masa terdekat dan yang tidak berminat turut boleh mematikannya melalui tetapan aplikasi.

Apa kata anda mengenai ciri ini?

Komen