Kehadiran Poco C50 Mula Diacah Menerusi Video Promosi Pendek

Diterbitkan pada Dis 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco C40 sebelum ini telah dilancarkan dengan hal yang menarik, di mana ia tidak menggunakan cip Qualcomm, Exynos, MediaTek mahupun Unisoc. Sebaliknya, cip JH510 dari JLQ Technology digunakan sekaligus meletakkannya sebagai sebuah peranti berspesifikasi rendah pertengahan. Di Malaysia, ia boleh didapati pada harga bermula RM499 sebuah.

Berkongsi dengan lebih lanjut, variasi kemaskini untuknya iaitu Poco C50 kini telah mula diacah menerusi video promosi pendek. Ia telah dimuat naik di Twitter rasmi Poco India tetapi tiada maklumat lanjut yang didedahkan setakat ini. Bagaimanapun, Poco seakan menjanjikan sesuatu yang menarik untuk kali ini, selain itu sokongan sistem dwi-kamera juga besar kemungkinan digunakan.

Hal ini boleh dilihat dengan jelas di penghujung video promosi yang sama. Sesetengah sumber berpendapat ia besar kemungkinan hanyalah sebuah Redmi A1+ yang dijenama semula. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Poco berhubung dakwaan ini. Seperti biasa, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat yang bakal didedahkan dalam masa terdekat. Terdapat juga kemungkinan pengenalannya boleh diadakan sekitar Januari 2023.

komen


© Amanz / 2023 Kami