Carian
Satelit SpaceANT-D Buatan Tempatan Berjaya Melepasi Ujian Di Agensi Angkasa Malaysia
December 30, 2022 Effi Saharudin

Kuasa besar industri aeroangkasa ialah Amerika Syarikat, Rusia, Eropah dan China. Kesemuanya telah menghantar angkasawan serta angkasawati ke angkasa lepas dengan kerap serta mempunyai program stesen angkasa yang mengorbit bumi. Malaysia tidak tergolong dalam kumpulan in tetapi kita mempunyai aspirasi untuk turut terlibat.

Sebelum berlari kita perlu bertatih terlebih dahulu kerana program angkasa lepas tempatan masih lagi di peringkat awal. Terkini SpaceIn, sebuah syarikat aeroangkasa tempatan mengumumkan kejayaan satelit SpaceANT-D mereka melepasi ujian getaran dan persekitaran di fasiliti Assembly, Integrate & Testing (AIT) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

SpaceANT-D ((Space Advance Network Technology) ialah sebuah satelit PocketQube buatan tempatan dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM. Ia menjalani ujian dari 18-22 Disember yang lalu. Dengan ia melepasi ujian ini, SpaceANT-D kini bersedia untuk langkah seterusnya iaitu integrasi modul penerbangan.

PockeQube ialah satelit bersaiz 5×5×5 cm yang lebih kecil berbanding CubeSat (10x10x10 cm) seperti UiTMSAT-1 yang dibangunkan oleh UiTM pada tahun 2018.

Komen