TSMC Memulakan Pengeluaran Cip 3nm

Diterbitkan pada Dis 30, 2022. oleh .

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) semalam memulakan pengeluaran cip dengan teknologi 3nm secara komersial. Menerusi teknologi ini, cip generasi seterusnya akan beroperasi dengan lebih pantas tetapi mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 35% berbanding cip 5nm.

Cip 3nm ini dikilangkan di Fab 18 milik TSMC yang terletak di Taman Sains Selatan Taiwan di Tainan. Ia akan digunakan pada peranti pintar, tablet, komputer, pelayar storan awanan dan peranti realiti terimbuh. Antara pelanggan awal cip dengan teknologi 3nm TSMC ialah Apple yang dilaporkan menghasilkan cip A17 Bionic kelak untuk iPhone 15.

Pengerusi TSMC, Mark Liu berkata teknologi cip 3nm mereka akan menjana pendapatan sehingag $1.5 trilion dalam masa lima tahun. TSMC menjadi syarikat kedua mempunyai keupayaan mengeluarkan cip 3nm selepas Samsung menjadi yang pertama pada Jun lalu.

komen


© Amanz / 2023 Kami