Carian
Siri Honor 80 Edisi Skrin Rata Tertiris – Dijana Snapdragon 7 Gen 2
December 30, 2022 Fahim Zahar

Honor 80 dan Honor 80 Pro telah pun dilancarkan pada November lali dengan cip Snapdragon 782G dan Snapdragon 8+ Gen 1 serta kamera 160MP. Kedua-dua peranti ini menggunakan skrin OLED melengkung.

Kini, peniris terkenal Digital Chat Station mendakwa yang Honor mungkin akan melancarkan dua lagi peranti Honor 80 dengan skrin yang rata.

Honor 80 Pro edisi skrin rata dikatakan akan hadir dengan skrin 6.67-inci OLED FHD+ 120Hz dan menyokong paparan 10bit. Ia akan dijana Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 160+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32 Megapixel, bateri 4800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W serta pengimbas cap jari bawah skrin. Peranti ini dikatakan akan menggunakan kerangka plastik dan akan menawarkan pilihan warna hitam, biru gelap atau merah jambu.

Untuk Honor 80 edisi skrin rata pula, ia akan dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 2 dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Panel skrin juga dikatakan adalah OLED. Buat masa ini tiada butiran lengkap mengenai spesifikasi lain dan bilakah peranti ini akan dilancarkan.

Besar kemungkinan ia juga adalah untuk pasaran China, kerana wakil Honor di Malaysia telah mengesahkan kepada kami bulan lalu yang siri Honor 80 tidak akan dipasarkan di pasaran tempatan. Sama-sama kita nantikan.

Komen