Carian
Vivo X90 Pro Turut Melepasi SIRIM Menunjukkan Pelancaran Semakin Hampir
December 30, 2022 Effi Saharudin

Kedua-dua peranti Vivo X90 dan X90 Pro kini sah akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Sebelum ini hanya X90 melepasi SIRIM tetapi padas 27 Disember lalu giliran X90 Pro juga melepasi pangkalan data yang sama menurut laporan Nextrift. Masih tiada petanda model ketiga X90 Pro+ akan ditawarkan di Malaysia pada waktu ini.

Vivi X90 Pro dilengkapi skrin 6.78-inci AMOLED 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 9200, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 4870 mAh yang menyokong pengecasan 120W.

Kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 50MP telefoto dan 12MP ultra sudut lebar dengan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Pada kamera utama lensa Zeiss digunakan sama seperti siri X80 sebelum ini.

Komen