OnePlus 11R Tertiris Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1 Kuasa Rendah

Diterbitkan pada Jan 3, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme GT Neo 5 adalah peranti baharu Realme yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, sekali memfokuskan kepada prestasi dan mungkin dijual pada harga mampu milik. Bukan itu sahaja, peranti ini juga dijangka akan menggunakan sistem pengecasan pantas baharu Ultra Dart Charge 240W.

Peranti ini juga dilihat akan menggunakan rekaan bonggol kamera gergasi di belakang, seakan Xiaomi Mi 11 Ultra atau Poco X4 Pro. Terkini, sebuah peranti baharu OnePlus di bawah siri OnePlus 11 tertiris – mencadangkan ia adalah penjenamaan semula daripada Realme GT Neo 5 ini.

Peranti ini adalah OnePlus 11R. Berdasarkan apa yang tertiris, peranti ini akan menyertakan sensor infra merah, suis lungsur dan juga skrin 6.7-inci AMOLED 120Hz dengan resolusi 1240×2772 yang aneh. Skrin juga berdasarkan imej tertiris adalah jenis melengkung. Peranti ini dijangka dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen1, tetapi kuasanya telah direndahkan kepada 200MHz menjadikan kuasa cip ini seakan Snapdragon 8 Gen 1 sahaja.

Untuk kamera, sumber menyatakan peranti ini mungkin menggunakan konfigurasi 50+8+2 Megapixel yang sama dengan OnePlus 10R atau OnePlus 10T sebelum ini. Untuk pengecasan, tidak pasti jika OnePlus akan menggunakan SuperVOOC 150W atau akan menggunakan 240W – sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2023 Kami