Carian
Apple Watch Ultra 2024 Mungkin Menggunakan Skrin Mikro-LED Bersaiz 2.1-Inci
January 3, 2023 Fahim Zahar

Apple Watch Ultra adalah jam tangan pintar Apple yang paling berkuasa dan yang paling besar. Ia dimuatkan dengan banyak ciri keselamatan, pemantauan aktiviti pengguna, ketahanan bateri mencapai tiga hari serta skrin OLED bersaiz 1.92-inci.

Terkini, Apple dilaporkan mungkin akan memperkenalkan Apple Watch Ultra baharu pada tahun 2024. Jam ini dikatakan akan menggunakan skrin Mikro-LED bersaiz 2.1-inci yang lebih besar dan didakwa boleh mempunyai tahap kecerahan yang lebih terang.

Mikro-LED adalah panel skrin alternatif kepada OLED dengan jangka hayat lebih lama tanpa ada masalah tunaskrin dan dikatakan mempunyai kualiti yang bagus. Bukan itu sahaja, panel skrin ini turut boleh mempunyai paparan warna yang lebih jitu berbanding OLED dan adalah komponen yang jauh lebih mahal berbanding OLED.

Ini bermakna, kita mungkin akan melihat Apple Watch Ultra yang lebih mahal pada tahun 2024, berbanding dengan Apple Watch Ultra sekarang yang dijual pada harga RM3799.

Komen