Razer Blade 16|18 Kini Rasmi – Mini-LED, Intel Core i9 Gen-13 Dan NVIDIA GeForce RTX 4090

Diterbitkan pada Jan 6, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer Blade adalah laptop gaming yang cukup menarik, kerana rekaan yang ringkas dan spesikasi yang berkuasa. Tetapi harga sentiasa antara yang paling mahal dan boleh mencecah hampir RM18,000. Sempena acara CES 2023, dua laptop baharu telah dilancarkan iaitu Razer Blade 16 dan Razer Blade 18. Kali ini mereka hadir dengan skrin yang lebih besar dan tiada lagi pilihan 14-inci atau 15-inci.

Razer Blade 16

Laptop ini adalah yang paling menarik, kerana ia menggunakan skrin Mini-LED dwi-mod. Skrin laptop menyokong paparan UHD 120Hz atau FHD 240Hz bwenisbah 16:10 dengan sokongan HDR 1000, dijana dengan cip Intel Core i9-13950HX 5.6 GHz serta kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan 16GB GDDR6 VRAM. Untuk memori, Razer menawarkan pilihan sehingga 64GB DDR 5 (dwi-slot) DDR5 5000MHz dan storan 2TB SSD PCIe 4.0.

Razer Blade 16 turut menggunakan kebuk penyejuk tersendiri, menyokong kamera Windows Hello, turut tersedia adalah 1x port Thunderbolt 4 USB-C PD 3.0 100W, 1x USB-C PD 100W, 3x USB-A 3.0, papan kekunci Razer Chroma, sambungan HDMI 2.1, pembaca kad SD UHS-II, 1x bicu audio 3.5mm, dan juga sistem audio stereo THX Spatial Audio.

Bateri pula adalah 6182mAh dengan sokongan pengecasan pantas PD. Pengecas yang disediakan adalah 330W GaN. Tubuh Razer Blade 16 ini adalah daripada aluminium. Razer Blade 16 2023 ini dijual pada harga bermula $2,699.99 iaitu sekitar RM11,887.


Razer Blade 18

Seperti yang kami laporkan semalam, model ini Razer dakwa adalah laptop gaming paling berkuasa mereka setakat ini. Skrin adalah 18-inci IPS QHD+ 240Hz, nisbah paparan 16:10, NVIDIA G-Sync dan dijana dengan cip Intel Core i9-13980HX yang dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForece RTX 4090. Keseluruhan spesifikasi dalaman laptop ini adalah lebih kurang sama dengan Razer Blade 16, tetapi mempunyai memori mencapai 64GB RAM, storan 2TB SSD yang boleh dinaiktaraf sehingga 8TB.

Kamera Windows Hello turut disertakan, papan kekunci Razer Chroma, sokongan RJ45, speaker THX dengan 3x amplifier pintar, dan lain-lain adalah sama dengan model di atas. Memandangkan secara keseluruhan Razer Blade 18 adalah lebih berkuasa, harga jualannya bermula dari $2,899.99 iaitu sekitar RM12,767.


Buat masa ini, masih tiada khabar lagi bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia dan apakah harga jualannya. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2023 Kami