Cari @ Amanz

Jun tahun lalu Mojo Vision memperlihatkan kanta lekap mereka yang merupakan yang pertama mempunyai kemampuan menyokong kecerdasan terimbuh (AR) terus pada mata pemakai. Kanta lekap ini dilengkapi skrin MicroLED sebesar 0.5mm tetapi dengan kepadatan pixel 14,000 PPI yang jauh lebih tinggi berbanding sebuah telefon pintar dan dilengkapi pemproses ARM Core M0.

Kurang setahun selepas kanta lekap diperlihatkan, Mojo Vision kini berkata mereka terpaksa memperlahankan pembangunan kanta lekap AR mereka kerana isu gagak mendapat dapat untuk meneruskan projek. Syarikat ini akan memberikan tumpuan kepada pembangunan dan perniagaan kepada skrin mikro LED yang digunakan pada kanta lekap AR mereka.

Oleh sebab perubahan strategi syarikat, 75% kakitangan akan kehilangan kerja. Kanta lekap AR Mojo Vision telah dibangunkan sejak 2015 lagi tetapi masih belum bersedia untuk dikomersialkan. Beberapa set kepala AR di pasaran sekarang juga tidak mendapat sambutan meluas oleh orang ramai kerana tidak keperluan untuk menggunakannya.

HTC, Pico dan Meta masih menawarkan set kepala AR yang besar sementara Apple dipercayai akan memperlihatkan set kepala mereka dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd