Cari @ Amanz

Bagi yang tidak tahu, sehingga hari ini cara mudah untuk sambungkan peranti internet benda (IoT) atau tambat aksesori dengan sokongan SmartThings pada telefon Samsung – pengguna boleh menggunakan ciri Nearby Device Scanning. Ciri ini akan mengesan peranti yang menyokong SmartThings berdekatan pada peranti.

Kini dengan protokol sambungan peranti internet benda Matter 1.0 telah dilancarkan sejak Oktober 2022, Samsung ingin memudahkan lagi pengguna untuk menyambungkan atau tambat ke telefon pintar mereka. Melaluinya, kemaskini ciri Nearby Device Scanning telah menambah ciri Matter Easy Pair.

Ini bermakna, peranti-peranti atau pelbagai aksesori yang sedia menyokong protokol Matter 1.0 boleh terus disambungkan pada telefon Samsung seperti mana barangan SmartThings sebelum ini. Nearby Device Scanning kini boleh mengesan pelbagai peranti internet benda dari pelbagai jenama seperti Google, Ikea dan lain-lain boleh digunakan dengan lebih mudah.

Bukan itu sahaja, dengan kerjasama bersama Google – mana-mana peranti internet benda yang telah disambungkan melalui SmartThings turut boleh digunakan pada aplikasi Google Home tanpa tetapan semula atau pendaftaran kali kedua dilakukan. Pengguna hanya perlu ke Galaxy Store dan kemaskini aplikasi Nearby Device Scanning ke versi 11.1.08.7 untuk mula menggunakan ciri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd