Cari @ Amanz

Sokongan Perisian Fairphone 2 Akhirnya Dihentikan Selepas Tujuh Tahun

Link Copied!

Fairphone 2 ialah telefon pintar Android yang dilancarkan pada tahun 2015. Ia dipasarkan sebagai peranti paling beretika dan mesra alam kerana komponennya dipastikan tidak bersyubhah dengan eksploitasi tenaga kerja serta pencemaran. Selepas tujuh tahun dilancarkan, sokongan kemas kini perisian Fairphone 2 akan dihentikan pada Mac ini.

Kemas kini terakhir akan diberikan pada bulan tersebut. Sejak dilancarkan Fairphone 2 menerima kemas kini lima versi Android dan tujuh tahun tampalan sekuriti. Google dan Samsung misalnya hanya memberikan sokongan sistem operasi selama empat tahun dan tampalan sekuriti selama lima tahun.

Walaupun sokongan perisian dihentikan, Fairphone akan mengekalkan stok beberapa komponen alat ganti bagi membolehkan pemilik membaiki sendiri peranti di rumah.


Komen ()