Carian
Xiaomi 13 Ultra Dengan Kamera Leica Mungkin Dilancarkan Di MWC
January 10, 2023 Effi Saharudin

Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancarkan bulan lalu dengan sistem kamera Leica serta cip pemproses berkuasa Snapdragon 8 Gen 2. Namun begitu ramai tertanya-tanya dimanakah model paling mercu Xiaomi 13 Ultra yang dilihat sebagai pengganti kepada 12S Ultra yang tidak dipasarkan ke peringkat global.

Menurut laporan terkini 91Mobiles pagi ini, Xiaomi akan melancarkan sebuah peranti mercu di MWC 2023 bulan hadapan dengan besar kemungkinan ini ialah 13 Ultra yang dinantikan. Dengan pelancaran di MWC, peranti ini pastinya akan memasuki pasaran global seperti yang dijanjikan oleh Xiaomi sebelum ini.

Sejak melakukan kerjasama dengan Leica, ramai pengguna ingin melihat sama ada sistem kamera baharu ini mampu memberikan persaingan kepada sistem kamera Huawei Leica yang cukup diminati ramai. Antar ura-ura lain yang didengari ini, 13 Ultra akan turut dilengkapi sensor Sony sebesar 1″. MWC semakin hampir dan nantikan sahaja sejauh manakah kebenaran ura-ura ini.

Komen