Apple TV Dan Apple Music Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Windows 11

Diterbitkan pada Jan 12, 2023. oleh .

Akhirnya selepas diumumkan pada tahun lepas, yang Apple akan bekerjasama dengan Microsoft untuk menyertakan aplikasi Apple Music dan Apple TV untuk peranti Windows – versi percubaan kini ditawarkan.

Buat masa ini, versi percubaan hanya boleh dicuba oleh pengguna Windows 11. Apple turut memberi amaran kepada pengguna yang memasang versi percubaan ini, yang ia masih di peringkat awal dan banyak ciri mungkin tidak akan berfungsi dengan baik.

Menariknya, kedua-dua aplikasi ini turut menggunakan rekaan mengikut tema Windows 11 yang kemas, cantik dan sedap mata memandang. Kedua-dua aplikasi ini tersorok di dalam Microsoft Store dan tidak boleh diakses secara umum. Tetapi jika anda ingin mencubanya, tekan sahaja pautan di bawah yang saya kongsi dalam artikel ini. Bukan itu sahaja, untuk mencuba tetapan Windows turut perlu ditukar ke negara Amerika Syarikat kerana di Malaysia senarai aplikasi ini tidak boleh diakses.

Bagi yang tidak tahu, Apple Music adalah aplikasi penstriman muzik Apple sementara Apple TV adalah aplikasi penstriman video mereka yang menawarkan banyak filem, siri TV dan dokumentari. Harga langganan setiap satu ini bermula dari RM16.90 untuk Apple Music dan RM29.90 sebulan untuk Apple TV.

komen


© Amanz / 2023 Kami