Cari @ Amanz

Set kepala realiti terimbuh Integrated Visual Augmentation System (IVAS) dibangunkan oleh Microsoft untuk tentera Amerika Syarikat berasaskan teknologi HoloLens. Selepas menghadapi pelbagai masalah, 5000 set kepala IVAS pertama diterima oleh pihak tentera pada September 2022.

Tetapi Kongres Amerika Syarikat telah menghalang pembelian set kepala IVAS baharu bernilai $400 juta sehinggalah isu-isu yang dilaporkan sebelum ini diselesaikan terlebih dahulu.

Antara isu yang dilaporkan selepas 1000 anggota tentera menghabiskan 100,000 jam menguji IVAS ialah ia membuatkan pemakai terasa seperti ingin muntah, ketidakselesaan dan cahaya dari set kepala boleh mendedahkan lokasi kepada musuh.

Hanya perbelanjaan membangunkan IVAS 1.2 bernilai $120 juta diluluskan oleh Kongres dimana set kapal akan dikurangkan lagi saiznya, berat lebih seimbang dan keselesaan dipertingkatkan lagi.

Tujuan asal IVAS ialah memberikan kemampuan perhubungan lebih canggih di medan perang oleh anggota infantri. Projek menghadapi pelbagai masalah yang mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaikan. Penggunaan teknologi AR diharap dapat menunjukkan lokasi musuh dengan lebih jelas di samping memberikan mod malam yang dipertingkatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd