Pengguna OnePlus Nord 2T Menerima Kemaskini OxygenOS 13 Berasaskan Android 13
Amy Maizuraa
OnePlus menerusi laman forum komuniti mengumumkan kemaskini stabil OxygenOS 13 berasaskan sistem operasi Android 13 untuk pengguna Nord 2T. Dengan penawaran ini, pelbagai pembaharuan disertakan pada peranti seperti kebolehan kustomasi antaramuka serta paparan. Seterusnya, sokongan widget lebih meluas, di samping sekuriti yang ditambahbaik dan sokongan pengalaman permua yang dinaiktaraf dengan HyperBoast 4.0 bagi menstabilkan prestasi dan kadar penggunaan kuasa.

Buat masa ini, kemaskini ditawarkan buat pengguna di India terlebih dahulu, yang kemudiannya kelak menyusul buat peranti lain pula. Untuk makluman, peranti ini juga telah sedia dijual di Malaysia dengan harga bermula RM1,899 (8GB/128GB) dan RM2,099 (12GB/256GB).
[info] Baca – Ulasan OnePlus Nord 2T – Peranti Kelas Pertengahan Baik Yang Dekat Dengan Hati [/info]