Kepada pengguna Apple Pay, anda kini boleh melakukan pembayaran nirtunai pada platform yang menggunakan Razer Merchant Services (RMS). Pembayaran boleh dilakukan di atas dan luar talian di seluruh dunia bermula hari ini.
Pembayaran dilakukan semudah meletakkan iPhone dan Apple Watch pada pembaca RMS di kedai yang menyokongnya seperti kedai serbaneka 7 Eleven. Sehingga 2020, Apple Pay digunakan lebih 507 juta pengguna di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan di Malaysia tahun lalu, Apple Pay disokong oleh beberapa bank utama di Malaysia dengan hanya minggu lalu HSBC menjadi yang terkini menyokongnya.