Microsoft Menawarkan Azure OpenAI Service Kepada Umum Untuk Mengakses DALL.E 2, GPT-3.5 Dan ChatGPT

Diterbitkan pada Jan 17, 2023. oleh .

Adalah mustahil untuk kebanyakan syarikat membangunkan sistem kecerdasan buatan mereka sendiri kerana halangan tenaga kerja, kos dan kemampuan. Microsoft menawarkan Azure OpenAI Service kepada sebilangan kecil pelanggan pada November 2021 dengan ia memberikan akses kepada kecerdasan buatan GPT-3.5, Codex dan DALL.E 2 yang kemudiannya boleh diintegrasikan ke dalam produk.

Hari ini Microsoft mengumumkan Azure OpenAI Service akhirnya ditawarkan kepada umum bagi pelanggan yang berminat. Selain itu akses kepada ChatGPT juga akan diberikan kepada pelanggan dalam masa terdekat.

Dengan Microsoft dilaporkan akan melakukan pelaburan $10 bilion ke dalam OpenAI, integrasi kecerdasan buatan mereka ke dalam infrastruktur Microsoft adalah dijangka. Antara yang boleh dilakukan menerusi Azure OpenAI Service ialah memberikan saranan mengenai produk, dan chatbot untuk melayan pelanggan.

komen


© Amanz / 2023 Kami