Selain spesifikasi yang cukup berkuasa, kehebatan kamera juga adalah antara fungsi yang penting bagi membolehkan sesebuah telefon pintar itu bersaing dengan peranti-peranti yang lain. Sebelum ini, pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menawarkan saiz kamera yang besar. Hari ini kita dapat lihat telefon pintar dengan sensor kamera 1 inci pula telah diperkenalkan secara meluas.
vivo X90 Pro adalah peranti pertama yang hadir dengan ciri ini untuk pasaran Malaysia secara rasmi. Tidak mustahil akan diikuti oleh pengeluar-pengeluar peranti lain untuk membawa masuk ciri yang sama tidak lama lagi. Tetapi, apa yang vivo X90 Pro boleh buat melalui ciri ini? Mengapa sensor 1-inci ini penting pada kamera telefon pintar?
Penggambaran Dengan Pewarnaan Yang Lebih Terang Dan Jelas
Saiz sensor sebenarnya memainkan peranan yang agak penting dalam menghasilkan kualiti imej yang lebih baik. Ini kerana sensor kamera yang besar mampu memerangkap pencahayaan yang lebih banyak berbanding saiz sensor biasa. Bagi vivo X90 Pro, kameranya dilengkapi dengan sensor kamera 1-inci 50MP IMX989 Ultra Sensing Sensor, dipadankan dengan sensor 50MP telefoto zum optikal 2x serta sensor sudut ultra-lebar 12MP dan kamera swafoto 32MP.
Saiz sensor kameranya yang besar ini dikatakan sensitif kepada pencahayaan sekaligus menghasilkan rakaman gambar yang lebih tajam dan jelas walaupun persekitaran anda tidak mempunyai jumlah pencahayaan yang cukup. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba mod Handheld Astro, Super Moon dan AI Night Mode untuk membolehkan anda mengambil gambar langit malam, bulan dan bintang dengan lebih jelas.
Janaan cip vivo V2 pada telefon pintar ini juga membantu untuk memberikan peningkatan kepada kemampuan fotografi dan dikatakan akan mengurangkan sela masa antara tangkapan gambar ke 30ms. Melaluinya, kesan hingar pada gambar dan video dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama anda tidak lagi perlu menunggu lama selepas pengatup ditekan untuk mengambil gambar pada waktu malam. Ini kerana ia menyokong penstabilan imej Dual EIS untuk menghasilkan rakaman yang terang dan jelas dalam apa jua situasi pencahayaan.
Fotografi Potret Kelihatan Lebih Kemas Dan Cantik
Sensor kamera 1-inci juga penting jika anda gemar mengambil gambar potret. Ini kerana sensor yang besar membolehkannya menghasilkan kesan bokeh yang lebih cantik. Menurut vivo, lensa telefoto 50MP pada X90 Pro mereka dilengkapi dengan sensor IMX758 yang mempunyai bukaan aperture sebesar f/1.6. Ciri ini membantu untuk menambah baik kualiti gambar malam dan juga kesan bokeh.
Kerjasama vivo dan juga ZEISS membolehkan telefon pintar ini untuk mensimulasikan kesan bokeh seakan-akan lensa klasik daripada ZEISS. Antara mod ZEISS yang anda boleh gunakan untuk fotografi potret adalah ZEISS Cine-Flare Portrait. Ia merupakan satu mod rakaman yang membolehkan anda mendapatkan gambar dengan kesan silauan cahaya yang cantik.
vivo untuk siri X sebelum ini menawarkan mod ZEISS Biotar, Sonnar, Planar dan Distagon untuk kamera belakang sahaja. Tetapi pada vivo X90 Pro kali ini, ia menawarkan mod-mod ini pada kamera hadapannya pula yang dikenali sebagai ZEISS Style Portrait in Front. Ia membuatkan kesan bokeh gambar swafoto anda lebih cantik dan kemas. Kesan video sinematik juga boleh dirakamkan menggunakan vivo X90 Pro ini menerusi mod ZEISS Cinematic Video Bokeh.
Memberi Peluang Untuk Bereksperimen Dengan Bakat Fotografi Anda
Telefon pintar dengan spesifikasi kamera yang mantap akan meningkatkan lagi semangat kita untuk bereksperimen dengan pelbagai fungsi kamera yang ditawarkan. Bagi telefon pintar vivo X90 Pro, antara fungsi kamera lain yang anda boleh cuba adalah seperti mod ZEISS Miniature Effect menerusi ciri ZEISS Landscape and Architecture.
Mod ini membolehkan anda untuk merakamkan gambar pemandangan seakan-akan objek kecil dengan kesan bokeh di sekelilingnya. Ini menjadikan gambar yang ingin difokuskan menjadi lebih menonjol bersama silauan lampu yang sering kita lihat dirakam dengan menggunakan lensa ZEISS. Tetapi jika anda tidak mahu gunakan sebarang mod sekalipun, hasil rakaman biasa tetap juga nampak mengagumkan kerana ia mampu memaparkan pewarnaan yang menyerlah dan semula jadi menerusi ciri ZEISS Color Nature Display.
Ciri-Ciri Lain Yang Melengkapkannya Sebagai Peranti Mercu
vivo X90 Pro merupakan sebuah peranti yang menerima gabungan Imaging Chip V2 bersama cip pemprosesan peranti mercu terkini iaitu MediaTek Dimensity 9200. Ini menjadikan vivo X90 Pro ini sebagai peranti terawal yang dijana dengan dua cip daripada kelas mercu yang memasuki pasaran Malaysia secara rasmi untuk tahun ini.
Gabungan dua cip mercu ini juga dikatakan dapat meningkatkan prestasi permainan anda dengan lebih lancar dan dapat membantu melambatkan proses pemanasan peranti apabila bermain permua. Ini kerana vivo X90 Pro juga dilengkapi dengan sistem penyejukan peranti yang baik selain membantu mengurangkan penggunaan kuasa peranti. Kapasiti bateri yang ditawarkan pula adalah sebesar 4870 mAh yang boleh dicas penuh sepantas 25 minit sahaja dengan menggunakan pengecasan pantas 120W FlashCharge mereka.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kamera dengan sensor 1 inci pada sesebuah telefon pintar sangat berguna jika anda seorang yang mementingkan kualiti penggambaran. Ia boleh menghasilkan rakaman yang jelas dengan pewarnaan yang baik dalam apa jua situasi pencahayaan. Ia juga mempunyai prestasi penggunaan yang lebih baik hasil bantuan dua cip daripada kelas mercu, iaitu gabungan MediaTek Dimensity 9200 bersama cip vivo V2.
Kalau tahun lalu vivo X80 Pro telah memenangi tempat ketiga bagi kategori Peranti Terbaik Amanz 2022, tidak mustahil telefon pintar vivo X90 Pro tahun ini juga berpotensi untuk dinobatkan sebagai pemenang dengan kebolehan fotografi yang vivo tawarkan. Untuk model ini, warna yang ditawarkan adalah Lagendary Black. Jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan ingin menjadi yang terawal memiliki telefon pintar dengan sensor kamera 1-Inci di Malaysia, tunggu sahaja maklumat lanjut berkenaan harganya tidak lama lagi.
Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia