Tweetbot Dan Aplikasi Pihak Ketiga Twitter Lain Dilaporkan Sengaja Dihalang Akses

Diterbitkan pada Jan 17, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lepas, Tweetbot dan sejumlah aplikasi pihak ketiga Twitter lain didapati menghadapi masalah untuk diakses. Sehingga hari ini masalah ini masih belum diselesaikan, menyebabkan ramai pengguna yang bergantung kepada aplikasi seperti Flamingo, Fenix, Talon dan banyak lagi tidak boleh digunakan kerana ada masalah log masuk.

Twitter tidak memberikan sebarang sebab kenapa isu ini berlaku, tetapi sebagai pengguna yang sudah biasa dengan aplikasi pihak ketiga Twitter – isu ini biasanya adalah masalah ini berkait dengan API Twitter. Kini, The Information mendedahkan yang pihak Twitter sengaja menghalang Tweetbot dan sejumlah aplikasi pihak ketiga lain ini akses kepada API mereka.

Talon for Twitter

Sumber mendakwa mendapat informasi ini melalui Slack, di mana terdapat kenyataan Twitter meluluskan halangan akses kepada API. Buat masa ini masih tidak tahu apa akan jadi kepada aplikasi-aplikasi ini. Beberapa tahun lepas, isu lebih kurang sama berlaku di mana Twitter mengubah API mereka sehingga aplikasi seperti Tweetbot dan lain-lain tidak boleh menerima notifikasi dan hilang akses penggunaan kepada ciri lain sehinggalah API v2 diperkenalkan.

Adakah ini bermakna akan ada API baharu, atau Twitter akan menjadi eksklusif dan tiada lagi API kepada aplikasi pihak ketiga?

Sumber: Android Police

komen


© Amanz / 2023 Kami