Apple MacBook Pro Dikemaskini Dengan Pilihan Cip Apple M2 Pro Dan M2 Max – Harga Mencapai RM26,799

Diterbitkan pada Jan 17, 2023. oleh .

Bersama-sama kemaskini untuk model Mac Mini, Apple juga turut mengemaskini penawaran komputer riba mereka dibawah model MacBook Pro.

Apple kini menawarkan pilihan komputer riba Apple MacBook Pro dengan pilihan cip Apple M2 Pro dan juga M2 Max. Kedua-duanya hadir dengan pilihan skrin bersaiz 14-inci dan juga 16-inci.

Dengan cip baharu ini, ia bukan sahaja menawarkan prestasi CPU dan GPU tinggi, tetapi juga kadar perkomputeran melalui Neural Engine yang lebih pantas. Ini sekaligus membolehkan pelbagai tugasan perkomputeran, termasuk untuk menghasilkan kandungan mahupun aplikasi dilakukan dengan lebih pantas.

Disamping kemaskini pada cip, ia juga kini menyertakan sokongan WiFi 6E3, selain sokongan HDMI yang ditambah-baik untuk paparan 8K pada kadar 60Hz.

Untuk model 14-inci, MacBook Pro baharu ditawarkan pada harga bermula RM8799 untuk versi M2 Pro, dan bermula RM13,199 untuk M2 Max.

Untuk model 16-inci pula, MacBook Pro ini ditawarkan pada harga bermula RM10,799 untuk model M2 Pro, dan bermula RM14,799 untuk model M2 Max.

komen


© Amanz / 2023 Kami