Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini berkongsi perancangan hadir dengan aksesori audio baharu tidak lama lagi. Melaluinya, Huawei FreeBuds 5i bakal diperkenalkan secara rasmi sebagai model kemaskini untuk FreeBuds 4i sebelum ini. Ia juga masih mengekalkan rekaan fon jenis dalam telinga yang dipadankan dengan pod pengecasan berbentuk bujur.

Bersama dengannya, terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan seperti putih, hitam dan biru. Ia juga memuatkan pembatalan hingar aktif (ANC) hibrid terbina yang turut melepasi pensijilan Hi-Res untuk sokongan audio lebih baik. Bukan itu sahaja, fon telinga turut menggabungkan mod dwi-mikrofon dengan ANC, sambungan dwi peranti dan ketahanan bateri sehingga 28 jam dengan pod pengecas.

FreeBuds 5i sebenarnya telah dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar. Dalam masa sama, spesifikasi penuh turut telah diperlihatkan menerusi laman web rasmi Huawei Malaysia. Tetapi, bagaimana pula dengan harga jualan fon telinga ini? Kami akan kemaskini mengenainya selepas ia diumumkan secara rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd