Cari @ Amanz

Malam tadi, Apple telah melancarkan MacBook Pro baharu dengan pilihan cip Apple M2 Pro atau M2 Max pada harga mencapai RM26,799. Pilihan saiz masih sama iaitu 14-inci atau 16-inci, rekaan masih sama dengan model sebelum, skrin juga masih lagi dengan panel Liquid Retina XDR beresolusi 3456×2234 dan mempunyai takuk.

Apa yang membuatkan MacBook Pro ini benar-benar sesuai untuk penggunaan profesional adalah Apple menyertakan port HDMI dan juga kad SD, yang mana banyak laptop produktiviti dalam kelas sama jarang menyertakannya. Lebih menarik, Apple kini menggunakan port HDMI 2.1 yang membolehkan MacBook Pro disambungkan kepada monitor 8K dengan kadar segar semula 60Hz atau 4K 240Hz.

Di Malaysia, model 14-inci MacBook Pro baharu ditawarkan pada harga bermula RM8799 untuk versi M2 Pro, dan bermula RM13,199 untuk M2 Max. Sementara model 16-inci pula, MacBook Pro ini ditawarkan pada harga bermula RM10,799 untuk model M2 Pro, dan bermula RM14,799 untuk model M2 Max.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd