Cari @ Amanz

Oppo mempunyai barisan peranti mercu tersendiri di bawah siri Find X yang kebanyakannya dilengkapi pelbagai teknologi baharu, baik dari aspek dalaman mahupun luaran. Mengikut perkiraan, siri ini bakal diteruskan lagi dengan Find X6 yang mana maklumat mengenainya juga telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu.

Terbaharu muncul pula imej pengolokan Find X6 Pro dengan gabungan kemasan kulit dan logam yang menyerupai sebuah Find X3 Pro Photographer’s Edition sebelum ini. Perubahan ketara boleh dilihat pada sokongan kamera yang unik pada bahagian belakang. Melaluinya, ia menempatkan bonggol kamera gergasi berbentuk bulat denga sistem tri-kamera, yang mana salah satu daripadanya dipercayai menggunakan lensa periskop.

Find X3 Pro Photographer Edition

Hal ini sekaligus memberi bayangan peranti kelak mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Turut disertakan adalah cip ISP Marisilicon X dan sistem kamera Hasselbald yang sedia diketahui bagi membantu sistem pengimejan mudah alih lebih baik. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi diketahui setakat ini, tetapi ia dijangka tiba dalam beberapa bulan mendatang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd