Imej Konsep Tecno Phantom Vision V Diperlihatkan Dengan Skrin Boleh Gulung

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti dengan skrin boleh lipat semakin mendapat tempat dalam kalangan pengeluar hari ini. Maka tidak menghaikankan apabila bilangan peranti sebegini semakin meningkat pada saat ini. Tecno turut tidak mahu ketinggalan dan kini tular video berdurasi pendek yang menunjukkan rekaan konsep untuk peranti tersebut.

Dinamakan sebagai Tecno Phantom Vision V, ia dilengkapi kerangka aloi titanium gred angkasa dan engsel tahan lasak dengan gabungan skrin yang boleh dilipat serta gulung. Apabila dilipat, ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar biasa yang kompak.

Saiz skrin ini turut boleh berubah mencapai 10.1-inci apabila dibentang dan ditarik dari sisi kiri. Kalau masih ingat, skrin boleh gulung ini juga menyerupai rekaan yang pernah digunakan pada Oppo X 2021 sebelum ini.

Seterusnya, panel belakang pula menunjukkan persedian sistem tri-kamera tanpa sebarang bonggol yang besar atau tebal. Melengkapinya juga satu skrin kecil yang boleh memaparkan pelbagai notifikasi seperti pemberitahuan, jam dan peringatan.

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang didedahkan setakat ini. Dalam masa sama, ia juga hanya sebuah peranti konsep dan bukannya peranti yang sedia untuk dipasarkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami