Twitter Blue Kini Ditawarkan Kepada Pengguna Android Pada Harga $11 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 19, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter Blue akhirnya boleh dilanggan oleh pengguna Twitter yang memiliki peranti Android. Ia ditawarkan pada harga $11 sebulan atau $84 setahun sekiranya pembayaran dilakukan menggunakan peranti Android. Jika bayaran dilakukan menerusi web, ia hanyalah $8 sebulan.

Seperti di iOS, Twitter Blue hanya boleh diakses mereka yang tinggal di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Jepun. Masih tidak diketahui bilakah Twitter Blue akan dikembangkan penawarannya ke seluruh dunia. Sebelum ini Twitter berkata harga langganan akan bergantung kepada lokasi pengguna dan oleh itu secara teorinya lebih murah berbanding $8 di Malaysia.

Semalam pelan langganan tahunan diumumkan dengan ia dilihat sebagai cara Twitter untuk menjana pendapatan selepas kutipan menerusi pengiklanan menyusut 40% padada Q4 2022 berbanding Q2 2021.

komen


© Amanz / 2023 Kami