Carian
Siri Samsung Galaxy S23 Akan Menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 Edisi Khas Yang Lebih Pantas
January 19, 2023 Effi Saharudin

Beberapa bulan lalu kedengaran Samsung akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dihasilkan sendiri menerusi faundri mereka. Tetapi laman 9to5Google melaporkan, siri Samsung Galaxy S23 kelak akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy yang lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 2 biasa.

Cip ini akan mempunyai teras utama pada kelajuan 3.36GHz yang lebih pantas berbanding 3.2GHz pada cip biasa, empat teras prestasi 2.8GHz dan tiga teras kecekapan pada kelajuan 2.0 GHz. Hanya teras utama sahaja berfungsi pada kelajuan lebih tinggi.

Tidak diketahui sama ada ura-ura ini benar ataupun tidak kerana risalah jualan untuk sir Galaxy S23 yang tertiris minggu ini langsung tidak mengandungi frasa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy.

Dengan Apple semakin hampir mencabar kedudukan mereka sebagai pengeluar dengan pegangan pasaran telefon pintar terbesar dunia, Samsung perlu menawarkan produk yang lebih baik berbanding pesaing khususnya yang menggunakan sistem operasi Android.

Komen