Cari @ Amanz

MacBook Air Dengan Cip Apple M3 Mungkin Tiba Pertengahan Tahun Ini

Link Copied!

Apple MacBook Air dengan cip Apple Silicon adalah antara MacBook popular, kerana harga jualan yang lebih mampu milik, rekaan nipis, dan paling penting mempunyai prestasi yang mengagumkan. Kini sudah terdapat dua model, datu dengan cip M1 dan satu lagi dengan rekaan baharu serta cip M2.

Baru-baru ini, DigiTimes melaporkan yang MacBook Air yang dijana cip Apple M2 mungkin akan dilancarkan pada sekitar pertengahan tahun 2023 nanti. Cip ini dikatakan akan meningkatkan prestasi dan lebih efisien dari segi penggunaan kuasa.

Jika benar MacBook Air ini akan dilancarkan nanti, bermakna tahun ini kita akan lihat dua peranti Apple menggunakan cip 3nm Apple M3. Turut dikhabarkan yang pertengahan tahun 2023 nanti, Apple mungkin akan menawarkan MacBook Air 15-inci – jadi tidak pasti sama ada akan ada dua model 13-inci dan 15-inci atau hanya ada satu. Sama-sama kita nantikan.


Komen ()