Carian
Netflix Dijangka Memperkenalkan Fungsi Perkongsian Kata Laluan Berbayar Pada Tahun Ini
January 20, 2023 Nazrin

Pada penghujung tahun lepas, Netflix telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan membenarkan perkongsian kata laluan akaun pengguna kepada pengguna-pengguna yang tidak duduk dibawah satu bumbung.

Terkini, pengumuman baru daripada Netflix dijangka bahawa mereka akan mengimplimentasi fungsi perkongsian berbayar yang membolehkan mereka yang berkongsi kata laluan ini untuk membayar yuran tambahan sedikit untuk membolehkan individu-individu lain mengakses akaun-akaun ini.

Netflix

Perkongsian kata laluan diantara rakan-rakan merupakan sesuatu yang biasa dilihat kerana Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman televisyen dan filem yang paling mahal di pasaran sekarang, khususnya jika anda melanggan pelan Premium UHD mereka.

Netflix mungkin sedar bahawa walaupun mereka perlu meningkatkan pendapatan syarikat tersebut, menghalang perkongsian kata laluan ini bukanlah cara yang terbaik untuk melakukannya. Jadi, ia dapat dilihat bahawa pembayaran tambahan untuk perkongsian ini adalah langkah terbaik yang dapat difikirkan untuk masa ini.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Netflix akan memperkenalkan ciri ini, tetapi sewaktu acara pembentangan kewangan syarikat tersebut, Netflix mengatakan ia mungkin akan tiba sekitar suku pertama tahun ini.

Komen