Netflix Akan Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Bermula 2023
Effi Saharudin
Tahun ini Netflix memperkenalkan bayaran tambahan untuk menambah profil pada akaun pelanggan. Secara lazimnya hanya terdapat empat slot untuk setiap akaun. Bagi membasmi masalah perkongsian kata laluan antara pengguna yang duduk di kediaman berbeza, bayaran tambahan sekitar RM13 untuk satu profil tambahan di negara Amerika Latin.

Menurut laporan WSJ, Netflix akan mengembangkan lagi program menambah profil ini ke Amerika Syarikat bermula 2023. Ini seterusnya mungkin akan dikembangkan ke peringkat global pula. Ujian penambahan profil bagi mengelakkan perkongsian kata laluan ini sudah dilakukan sejak Julai lalu. Netflix menjejak IP dan lokasi akaun digunakan. Apabila mengesan akaun diakses dari dua lokasi berbeza untuk tempoh yang lalu, pelanggan akan diberikan notifikasi supaya menambah profil dengan bayaran tambahan.
Selama ini Netflix menggalakkan perkongsian kata laluan demi meningkatkan jumlah pelanggan perkhidmatan mereka. Tetapi dengan peningkatan persaingan daripada Disney+, HBO Max, Paramount+ dan banyak lagi menyebabkan jumlah pelanggan berkurangan buat pertama kali beberapa suku yang lalu.