Cari @ Amanz

Akhirnya Netflix menerima peningkatan jumlah pelanggan berbayar, selepas berlaku penurunan kerana pasca-pandemik. Antara faktor penurunan pelanggan berbayar adalah kerana ramai yang berkongsi akaun. Menurut Netflix, lebih 100 juta pelanggan yang berkongsi akaun.

Disebabkan itu, Netflix mula memerangi mereka yang berkongsi akaun ini dengan memberi amaran jika mengesan alamat setiap pengguna aktif dalam akaun sama adalah berbeza. Julai lalu, Netflix mula menguji ciri “Add A Home”, untuk pengguna tambah alamat berbeza pada satu akaun dengan bayaran $2.99 (~RM13) sebulan. Ciri ini diuji pada pengguna di Argentina, Salvador, Guatemala, Honduras dan Republik Dominica.

Terkini, Netflix menyatakan ciri berkongsi akaun ini akan diedarkan secara meluas bermula awal tahun 2023 nanti. Mereka menggelar ciri ini sebagai mencipta sub-akaun dan ingin menjana pendapatan tambahan melaluinya. Bagi mereka yang tidak suka dengan ciri ini dan ingin terus langgan akaun sendiri, ciri pemindahan profil ke akaun lain turut akan ditawarkan agar pengguna tidak hilang segala senarai tonton, senarai ingin tonton dan lain-lain lagi pada akaun baharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd