Netflix Kini Mempunyai 223 Juta Pelanggan Dan Kembali Memintas Disney+

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. oleh .

Dua suku kebelakangan ini masa depan Netflix nampak agak kelam selepas mereka mencatatkan pengurangan jumlah pelanggan dari 221.64 juta pada Q1 ke 220.67 juta pada Q2. Dalam laporan kewangan yang terkini, Netflix melaporkan mereka kini mempunyai 223.09 juta pelanggan berbayar pada Q2 2022.

Ini ialah berita baik untuk Netflix kerana nilai saham mereka jatuh mendadak apabila jumlah pelanggan berkurangan pasca pandemik. Antara inisiatif mereka untuk meningkatkan semula pelanggan ialah memperkenalkan ciri menambah profil di pasaran Amerika Latin, memperkenalkan pelan lebih murah yang disokong iklan dan memindahkan profil lama ke akaun baharu minggu ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami