India Membangunkan BharOS Yang Menumpukan Kepada Keselamatan

Diterbitkan pada Jan 22, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Keselamatan pada sistem operasi adalah penting memandangkan kita kini melakukan pelbagai aktiviti perbankan secara atas talian. Sistem operasi untuk peranti mudah alih semasa adalah selamat tetapi kadang kala kerentanan yang tidak dikesan dimanipulasi pihak tertentu untuk menggodam. India kini mempunyai sistem operasi telefon pintar kendiri yang mementingkan keselamatan.

BharOS dibangunkan oleh Indian Institute of Technology (IIT) Madras dan adalah berasaskan Android AOSP. Tumpuan sistem operasi ini ialah sekuriti dan privasi pengguna. Tiada aplikasi terpasang dalam BharOS dengan ia hanya boleh dimuat turun menerusi gedung Private App Store Services (PASS) yang hanya menawarkan aplikasi yang telah disaring.

Ini bukan sistem operasi pertama yang menumpukan sekuriti tetapi berasaskan Android. Antara sistem operasi yang telah dibangunkan ialah SilenOS untuk Blackphone 2 dan GrapheneOS untuk OSM OV1.

komen


© Amanz / 2023 Kami