OnePlus Dijangka Memperlihatkan Telefon Konsep Baharu Pada Acara MWC 2023

Diterbitkan pada Jan 22, 2023. oleh .

OnePlus sebelum ini telah memperlihtkan peranti konsep mereka pada tahun 2020 lepas, dinamakan OnePlus Concept One. Melaluinya, ia membawa sebuah ciri menarik yang membuatkan kamera belakang “hilang” melalui penggunaan teknologi khusus.

Kini, selang tiga tahun, OnePlus dijangka memperlihatkan penawaran telefon konsep terbaru mereka – “OnePlus Concept Two” pada acara MWC 2023 yang dijadualkan pada penghujung Februari 2023 ini.

Buat masa ini, ia masih menjadi misteri berkenaan teknologi yang akan diintegrasikan bersama pada telefon tersebut, selain ciri astetik yang bakal disertakan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan berkenaan telefon konsep baharu OnePlus ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami