Twitter Blue Sifar Iklan Akan Ditawarkan Pada Harga Lebih Mahal

Diterbitkan pada Jan 22, 2023. oleh .

Twitter baharu mempunyai masalah pengiklanan yang kronik. Setiap beberapa ciapan akan diselangi iklan yang mengarut. Malahan dalam susur masa peribadi dan rantaian ciapan iklan diselitkan sehingga menyebabkan pengguna menyampah. Strategi pengiklanan Elon Musk langsung tidak menjadi dengan pendapatan pada Q4 2022 adalah 40% lebih rendah berbanding Q4 2021.

Bagi pengguna Twitter yang sudah bosan dengan pengiklanan, Elon Musk berkata kelak pelan langganan yang lebih mahal akan ditawarkan dengan sifar pengiklanan. Masih belum diketahui bilakah pelan langganan Twitter Blue sifar iklan ini akan dilancarkan. Perkhidmatan baru sahaja diberikan kepada pengguna Android minggu ini bersama dengan langganan selama setahun.

Strategi menawarkan iklan yang banyak sehingga membuatkan pengguna mengamuk ini berjaya digunakan oleh YouTube dalam memaksa langganan YouTube Premium. Tetapi dengan Twitter Blue masih lagi terhad dan adalah lebih murah, strategi terkini Elon Musk untuk meningkatkan pendapatan Twitter menerusi langganan mahal mungkin tidak akan menjadi.

komen


© Amanz / 2023 Kami