iOS 16.3 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyokong Security Keys Dan HomePod Baharu

Diterbitkan pada Jan 24, 2023. oleh .

Pengguna iPhone boleh memuat turun iOS 16.3 pagi ini sebagai hadiah Tahun Baru Cina. Kemas kini sebesar 761.8 MB ini membawakan sokongan Security Keys untuk Apple ID. Ini membenarkan penggunaan kunci keselamatan fizikal untuk log masuk akaun yang lebih selamat berbanding sistem biasa. Dalam kemas kini yang sama sokongan untuk HomePod baharu juga diberikan sekali.

Turut diberikan ialah penyelesaian kepada isu garisan pada skrin yang dilaporkan oleh pengguna iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Tahap sensitiviti Emergency SOS juga telah ditala semula bagi mengelakkan sistem dipicu secara tidak sengat seperti yang kami laporkan sebelum ini. Beberapa pepijat turut ditambal seperti Siri gagal beroperasi dan

Bagi mereka yang menggunakan peranti lama, iOS 15.7.3 dan iOS 12.5.7 juga boleh dimuat turun menawarkan tampalan sekuriti yang diperlukan sekiranya peranti tidak boleh dinaik taraf ke iOS 16.

komen


© Amanz / 2023 Kami