Carian
Pembangun Tweetbot Melancarkan Ivory – Aplikasi Alternatif Mastodon
January 25, 2023 Fahim Zahar

Pembangunan Tweetbot telah pun ditamatkan oleh Tapbots selepas akses kepada API dihalang oleh Twitter untuk semua pembangun aplikasi pihak ketiga/klien Twitter. Tapbots yang fokus membangunkan Ivory iaitu klien kepada Mastodon sejak beberapa bulan, kini melancarkan aplikasi ini secara rasmi.

Seperti Tweetbot, Ivory juga terhad untuk pengguna iOS, macOS dan iPadOS sahaja. Ivory menawarkan pengalaman penggunaan Mastodon seakan menggunakan Tweetbot dengan antaramuka lebih kurang sama, seperti tab untuk susur masa, disebut, notifikasi, profil, senarai, dan banyak lagi. Sokongan multi-akaun turut disertakan jika pengguna memiliki banyak akaun Mastodon.

Ciri melakukan undian, bisu pengguna, amaran kandungan, penanda buku, statistik setiap siaran, GIF, kemampuan kustomasi ikon turut boleh dilakukan. Aplikasi ini masih lagi dalam fasa akses awal, bermakna lebih kelak lebih banyak ciri dan fungsi akan ditambah seperti menyunting profil, suntingan siaran, dan banyak lagi.

Ivory percuma untuk digunakan oleh semua pengguna Apple dengan ciri dan fungsi terhad. Akses penuh boleh dicuba untuk 7 hari, kemudian RM9.90 sebulan atau RM69.90 setahun. Jika pengguna ingin menyumbang/membantu Tapbots, langganan RM119.90 setahun turut ditawarkan.

Komen