Ciri Baharu Google Fast Pair Mungkin Dilancarkan Bersama Samsung Galaxy S23

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Fast Pair adalah ciri tambatan pantas untuk pelbagai peranti atau aksesori disambungkan kepada peranti Android. Jam Wear OS, Fitbit, banyak TWS, set fon kepala, dan banyak lagi boleh ditambat pada telefon/tablet Android, Chromebook atau juga Google TV dengan mudah.

Beberapa minggu lalu, telah kami laporkan yang sehingga hari ini terdapat lebih 320 juta sambungan Fast Pair dilakukan dan masih bertambah. Baru-baru ini 9to5Google melaporkan yang Google mungkin akan memperkenalkan ciri Fast Pair baharu bersama-sama dengan pelancaran Samsung Galaxy S23 nanti.

Ciri baharu ini adalah untuk memudahkan pengguna melakukan tetapan pada peranti Android baharu atau peranti yang baru sahaja format. Ini adalah ciri yang sama seakan Apple tawarkan pada pengguna iOS di mana jika ada iPad atau iPhone baharu dihidupkan, tetingkap “Set Up Your iPhone” atau “Set Up Your iPad” akan muncul untuk pengguna terus pindahkan data dan log masuk akaun sama dengan mudah dan pantas.

Menariknya, pada peranti Android nanti ia akan bermula dengan peranti Samsung Galaxy S23. Jika peranti ini dihidupkan, peranti Android sedia ada atau peranti lama akan muncul tetingkap Fast Pair dengan teks “Set up Galaxy S23 Ultra” dan kemudian “To get started, you’ll scan a QR code shown on your new device” untuk muat turun aplikasi Samsung Smart Switch.

April tahun lalu, ciri lebih kurang sama telah diperkenalkan kepada pengguna peranti Pixel jika mereka ingin tetapkan peranti Pixel yang baru dibeli atau yang peranti gantian serta peranti yang baru selesai format.

komen


© Amanz / 2023 Kami