Cari @ Amanz

Beberapa perkhidmatan di bawah payung Microsoft 365 seperti Teams, Outlook, dan OneDrive mengalami masalah di peringkat global. Microsoft menyedari akan gangguan ini dan mengesahkan ia disebabkan oleh perubahan pada rangkaian adalah punca kesemua perkhidmatan terganggu.

Di media sosial gangguan turut dilaporkan oleh pengguna di Malaysia. Negara lain yang terjejas ialah India, Jepun, UK, Australia dan UAE. Microsoft masih melakukan pemantauan bagi mengembalikan perkhidmatan yang sedang dilakukan secara berperingkat. Ketika artikel ini ditulis, masih terdapat pengguna yang melaporkan mereka masih belum dapat mengakses perkhidmatan yang terganggu sejak 3 petang tadi.

Gangguan hari ini tiba pada waktu yang buruk selepas Microsoft membuang 10,000 pekerja dan pendapatan syarikat pada suku kedua fiskal 2023 menunjukkan kemerosotan. Perniagaan Windows misalnya mengalami penurunan sehingga 39%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd