Astro Menamatkan Siaran Saluran Memfokuskan Kandungan Esukan – eGG Network HD

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro kini dilihat telah menamatkan saluran esukan mereka yang telah diperkenalkan sebelum ini, iaitu eGG Network HD pada saluran CH800.

Sebab utama disebalik penamatannya tidak diketahui. Melalui notis yang dipaparkan Astro, mereka mengatakan para pengguna dan peminat esukan boleh terus menikmati kandungan esukan serta pertandingan antarabangsa melalui saluran Astro Arena (Ch801) dan juga Astro Arena 2 (Ch802).

Sebelum ini, Astro telah memperkenalkan saluran esukan eGG (Every Good Game) Network ini pada tahun 2016 yang lepas. Dengan perubahan ini, peminat esukan mungkin perlu melihat kepada beberapa platform alternatif dalam kekal mengikuti pelbagai perkembangan semasa berkaitan arena esukan.

komen


© Amanz / 2023 Kami