Cari @ Amanz

Astro kini turut memaklumkan para pengguna yang mana mereka akan menamatkan beberapa saluran pada 31 Januari 2023 kelak, termasuk saluran TA-DAA!, Boomerang dan juga Nat Geo Wild.

Sebagai ganti, Astro menyediakan beberapa saluran ganti yang baharu, termasuk DreamWorks, CBeebies, dan juga Love Nature bermula 1 Februari 2023 kelak.

Perubahan ini juga mungkin kerana perubahan kaedah perlesenan dan siaran – termasuk kerana kandungan Nat Geo boleh didapati melalui perkhidmatan penstriman Disney Hotstar+.

Disamping itu, bagi anda yang meminati kandungan berbentuk dokumentari boleh menyemak perkhidmatan penstriman Curiosity Stream yang menawarkan pelbagai kandungan menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd