Shutterstock Melancarkan Kecerdasan Buatan Menghasilkan Imej Stok Daripada Teks

Diterbitkan pada Jan 26, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Shutterstock akhirnya melancarkan Shutterstock.AI yang merupakan kecerdasan buatan yang menjana imej stok berdasarkan teks yang dimasukkan oleh pengguna. Ia menggunakan teknologi OpenAI DALL.E 2 bagi menawarkan teks yang diperlukan pelanggan untuk pelbagai keperluan.

Pada waktu ini ia boleh digunakan percuma oleh kesemua pelanggan Shutterstock yang berdaftar di seluruh dunia. Seperti kecerdasan buatan lain, pelanggan hanya perlu memasukkan teks untuk menjana pelbagai imej secara rawak.

Proses menghasilkan empat imej mengambil masa antara 10-15 saat. Terdapat banyak pilihan untuk memudahkan penjanaan imej seperti gaya, keperincian, mood dan banyak lagi dengan ia diakses menerusi pintasan pantas yang jelas di skrin. Dari segi kemudahan penggunaan, ia lebih baik berbanding DALL.E 2.

Versi percuma hanya membenarkan penggunaan Shutterstock.AI sebanyak empat kali sehari. Untuk menjana lebih banyak imej, langganan ditawarkan pada harga serendah $29 sebulan.

komen


© Amanz / 2023 Kami