Carian
Shutterstock Akan Menjual Imej Stok Yang Dijana Dall.E 2
October 26, 2022 Effi Saharudin

Laman imej stok terkemuka Shutterstock akan mula menjual imej stok yang dijana menggunakan kecerdasan DALL.E 2. Menerusi kerjasama bersama OpenAI, Shutterstock akan menawarkan imej yang dijana terus kepada pelanggan. Pelanggan Shutterstock yang menghasilkan imej menerusi DALL.E 2 juga boleh menjana pendapatan apabila ia dijual.

Ini bukanlah kerjasama pertama antara Shutterstock dan OpenAI. Kecerdasan buatan OpenAI dilatih menggunakan set data yang diberikan oleh Shutterstock sebelum ini maka pengumuman minggu ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Keputusan Shutterstock adalah berbeza dengan Getty yang mengatakan mereka tidak akan menawarkan sebarang imej yang dijana menggunakan kecerdasan buatan.

Komen