Carian
Samsung Galaxy S23 Ialah Peranti Pertama Menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2
January 27, 2023 Effi Saharudin

Corning Gorilla Glass Victus 2 telah diumumkan November tahun lalu dengan ia kini ialah kaca buatan mereka yang paling tahan lasak setakat ini. Ia akan model kemas kini kepada Gorilla Glass Victus yang digunakan oleh peranti pintar mercu. Hari ini Corning mengesahkan siri Samsung Galaxy S23 akan menjadi peranti pertama menggunakan Victus 2.

Gorilla Glass Victus 2 mempunyai kemampuan tahan hentakan jatuh dari ketinggian 1 meter pada permukaan konkrit dan dari ketinggian 2 meter pada permukaan jalan raya. Corning telah menawarkan kaca tahan lasak untuk skrin sesentuh sejak iPhone pertama dilancarkan hampir 17 tahun yang lalu. Ini adalah fakta menarik kerana pada awalnya Corning tidak tahun pada produk apakah kaca tahan lasak mereka boleh digunakan.

Komen