Carian
Apple Dilaporkan Menangguhkan Pembangunan Cip WiFi Dan Bluetooth Rekaan Sendiri
January 27, 2023 Effi Saharudin

Beberapa minggu yang lalu muncul laporkan Apple sedang membangunkan cip WiFi dan Bluetooth rekaan sendiri bagi mengurang pergantungan kepada pembekal seperti Broadcom. Hari ini Ming-Chi Kuo penganalisa terkemuka berkata pembangunan cip ini telahpun ditangguhkan oleh Apple.

Ini adalah untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan cip 3nm terkini mereka. Selain itu pembangunan cip kendiri adalah lebih mencabar daripada jangkaan asal membuatkan ia kini tidak diberikan tumpuan utama. Berita ini menguntungkan Broadcom yang membekalkan cip WiFi dan Bluetooth yang digunakan oleh Apple sekarang.

Ini bukan kali pertama usaha untuk menjadi lebih berdikari oleh Apple menemui cabaran getir. Pembangunan modem 5G mereka juga mengalami pelbagai isu kerana gagal menyaingi modem yang dikeluarkan oleh Qualcomm.

Komen