ChatGPT membuatkan proses menghasilkan karangan panjang menjadi semudah memasukkan beberapa teks pendek. Ini menimbulkan isu karya yang dikarang oleh kecerdasan buatan (AI) dihantar oleh pelajar untuk tugasan kerja kelas. Beberapa perkhidmatan telah dilancarkan untuk mengesan karangan AI seperti GPTZero. Terkini AI Writing Check pula telah dibangunkan dengan kemampuan yang sama.

AI Writing Check dibangunkan oleh Quill dan CommonLit ialah perkhidmatan sumber terbuka yang boleh digunakan secara percuma. Seperti ChatGPT, AI Writing Check juga menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesan karya yang tidak ditulis oleh manusia.
Perkhidmatan ini masih di peringkat awal dengan ia hanya boleh memeriksa karya sepanjang 100-400 patah perkataan sahaja pada satu-satu masa dalam Bahasa Inggeris. Untuk karya lebih panjang, ia perlu dipecah-pecahkan kepada beberapa perenggan.
Dengan adanya perkhidmatan seperti AI Writing Check, GPTZero dan TurniItIn AI, sekurang-kurangnya tenaga pengajar mempunyai beberapa senjata untuk membanteras kegiatan menghasilkan kerja rumah menggunakan ChatGPT.