Cari @ Amanz

PRISM+ Akan Fokus Kepada Produk Rumah Pintar Tahun Ini

Link Copied!

Tahun lepas, PRISM+ telah melancarkan penyaman udara pintar pertama mereka iaitu PRISM+ Zero di Singapura. Penyaman udara ini boleh dikawal sepenuhnya dengan telefon pintar, dihubungkan dengan Google Assistant untuk dikawal dengan televisyen mereka atau peranti internet benda lain seperti speaker pintar.

Keunikan penyaman udara ini adalah, dari segi jaminan dan khidmat pelanggan mereka yang menyatakan percuma baiki sepanjang tempoh jaminan serta percuma servis. Bukan itu sahaja, pemasangan juga akan dilakukan oleh pasukan PRISM+ sendiri untuk memastikan aliran udara dan titisan air berjalan lancar.

Dengan kedai kedua mereka akan dibuka nanti, menjadi kedai terbesar mereka setakat ini di IOI City Mall Putrajaya – PRISM+ menyatakan mereka turut akan memfokuskan kepada produk rumah pintar tahun ini. Produk ini semestinya PRISM+ Zero yang dijangka akan ditawarkan di Malaysia sekitar tahun ini.

Tiada butiran lain lagi yang mereka dedahkan, tetapi di Singapura harga PRISM+ Zero adalah mencapai lebih RM11k. Adakah anda berminat untuk mendapatkannya jika ditawarkan nanti? Kerana menurut wakil PRISM+ penawaran di Malaysia nanti adalah lebih menarik dan mungkin berbaloi.


Komen ()