Tidak dinafikan, televisyen yang PRISM+ tawarkan di Malaysia dijual pada harga yang lebih murah berbanding pesaing. Spesifikasi juga menarik, kualiti juga boleh tahan dan paling penting semua televisyen mereka menjalankan Android TV.

Bagi yang sudah biasa dengan produk televisyen Android, versi terkini adalah Google TV seperti yang dilihat pada televisyen Sony, Skyworth atau kebanyakan dongel dan kotak set sekarang. Mereka yang pentingkan perisian terkini pasti tertanya, sama ada adakah PRISM+ akan menawarkan kemaskini Google TV untuk televisyen-televisyen mereka?

Menurut wakil PRISM+ yang menjawab soalan kami ini, mereka masih dalam proses perbincangan dan melakukan perjanjian bersama rakan-rakan kerjasama seperti para pembekal dan sebagainya. Tiada sebarang tarikh spesifik lagi mengenai kemaskini ini kerana mereka masih akan menjual dan menawarkan televisyen Android TV sahaja buat masa ini.