Cari @ Amanz

Pemenang RHB Get Your Hack On 2023 Diumumkan – Kumpulan RHB Next Menangi Hadiah Utama

Link Copied!

Pelbagai program startup yang diadakan telah membuka peluang kepada mereka yang berbakat untuk menonjolkan keupayaan dan potensi yang dimiliki. Misalnya seperti RHB Get Your Hack On (ASEAN EDITION) 2023 yang baru sahaja melabukan tirainya hari ini dengan mengumumkan keputusan pertandingan maya yang menyaksikan sebanyak 10 kumpulan muncul sebagai pemenang teratas.

Barisan sebahagian mentor & juri

Dalam sebuah acara penutup (Demo Day) yang berlangsung hari ini, sebanyak 15 kumpulan telah disenarai pendek untuk mempersembahkan idea kreatif secara maya untuk penyelesaian dan keupayaan yang baik kepada para juri. Dalam masa sama, mereka juga perlu menyakinkan para juri tentang relavennya setiap idea yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk perbentangan, sama ada secara langsung dengan menyediakan kod QR untuk diimbas, video berbentuk temu ramah dan sebagainya.

Kumpulan yang telah disenarai pendek

Kesemua kumpulan yang telah disenarai pendek ini diadili oleh 8 orang juri professional yang sebahagian besarnya terdiri daripada pihak RHB sendiri, di samping beberapa lagi rakan kongsi rasmi seperti MDEC dan Cradle. Tempoh lima minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk membentang idea masing-masing, sementara itu tiga minit masa lain dibuka untuk sesi soal jawab bersama para juri.

Cabaran yang disediakan

Daripada jumlah yang dinyatakan tadi, hanya 10 kumpulan sahaja yang dipilih sebagai pemenang teratas dan saguhati. Di mana, tempat pertama ialah kumpulan RHB Next yang berjaya membawa pulang hadiah hadiah wang tunai berjumlah USD5,000 (~RM21,205). Seterusnya diikuti pula dengan naib juara iaitu kumpulan V-Cred yang menerima hadiah wang tunai sebanyak USD2,500 (~RM10,603). Kemudian, tempat ketiga dengan hadiah wang tunai bernilai USD1,000 (~RM4,241) pula dimenangi oleh kumpulan SAY. Trofi dan sijil penyertaan turut diberikan kepada semua para pemenang.

Selanjutnya, tujuh pemenang hadiah saguhati pula masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah USD200 (~RM848) dan sijil penyertaan. Senarai pemenang terdiri dengan kumpulan Halcyon, codeLine (5), ReactEnjoyers, The Liews, Malaysia, Code Trio dan SangU. Jutaan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jadikan kemenangan ini sebagai batu loncatan buat semua untuk terus menonjol dengan lebih banyak idea kreatif lebih baik.

Dianjurkan oleh RHB Gyho dengan kerjasama beberapa rakan rasmi seperti aws, MDEC dan MyStartup, RHB Get Your Hack On 2023 ialah satu program yang mengetengahkan pelbagai lapisan bakat baharu yang berpotensi mencipta penyelesaian inovatif dalam industri perbankan digital.

Menariknya untuk kali ini, ia dibuka lebih meluas di negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), termasuklah Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Turut difahamkan, program kali ini telah menerima lebih 360 penyertaan dengan 90 kumpulan secara keseluruhannya.


Komen ()